Taklukkan Hari Anda dengan Kenikmatan Kopi Terbaik! Klik di sini dan Temukan Tiga Blend Kopi Menawan dari Robusta Dampit Malang dan Arabika Gayo Aceh. Dapatkan Sekarang!

KAI Intai Program Penggantian Super Lynx TLDM Menerusi Helikopter “Marineon” MOH

08 Juli 2023

KAI Marineon MOH helikopter (photo : KAI)

Syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) dari Korea Selatan berminat untuk terlibat dalam program penggantian helikopter Super Lynx milik TLDM itu.

Defence Security Asia difahamkan KAI bakal mengetengahkan “Marineon” MOH (Marine Operation Helicopter) yang merupakan varian marin helikopter “Surion” dibangunkan oleh syarikat  itu dan digunakan secara meluas oleh cabang-cabang Angkatan Tentera Korea Selatan.

Menurut sumber industri lagi, KAI berkemungkinan menawarkan dua buah helikopter “Marineon” dalam konfigurasi asas MOH secara sewaan menggunapakai konsep “Lease to Own”  sebagai platform latihan manakala enam buah lagi dalam konfigurasi MOH lengkap secara perolehan untuk dipertimbangkan oleh TLDM.

Dua buah helikopter “Marineon” dalam konfigurasi MOH asas itu ditawarkan secara sewaan kepada TLDM untuk tempoh tiga, lima atau tujuh tahun.

KAI Marineon MOH helikopter (photo : KDB)

Selepas tempoh sewaan itu tamat, helikopter serba baru itu (bukan terpakai) akan menjadi milik penuh TLDM manakala konfigurasinya boleh dipertingkatkan daripada MOH asas kepada MOH yang lengkap dengan segala peralatan serta kelengkapan sebagaimana enam buah helikopter “Marineon” MOH lengkap yang lain.

Secara asasnya,helikopter “Marineon” MOH antaranya itu boleh dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-darat, peluru berpandu udara-ke-udara, torpedo, Gatling Gun, mesingan berat dan lain-lain lagi.

Manakala bagi sistem sensor pula, helikopter itu boleh dilengkapi dengan Sonarbuoy, Electronic Support Measure (ESM), Forward Looking Infra Red (FLIR), Search Radar dan sebagainya, manakala  untuk tujuan Anti-Submarine Warfare (ASW), helikopter “Marineon” MOH  boleh dilengkapi dengan “dipping sonar” untuk mengesan kehadiran kapal-kapal selam musuh.

Antara ciri-ciri utama helikopter “Marineon” adalah bilah-bilah kipasnya boleh dilipat bagi memudahkan pengendalian oleh krew di platform pendaratannya, anti-corrosion treatment, windshield washer system, long-range HF radio and TACAN serta auxiliary fuel tank system.

Dari segi perolehan kata Panglima TLDM, terdapat kemungkinan angkatan itu mendapatkan helikopter itu menerusi kaedah sewa apabila perkhidmatan helikopter Super Lynx Mk300 yang kini menjangkau usia 20 tahun dihentikan secara berperingkat.

See full article DSA